Cerpen: ‘Abang Nak Beli Kuih?’
Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.
“Abang nak beli kuih?” Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik…Abang dah pesan makanan” jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
“Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni” kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat.
Setiap yang lalu ditanya… ” Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik… Kakak atau makcik.” Molek budi bahasanya!
Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu.
Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.
“Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
“Ambil ni dik! Abang sedekah… Tak payah abang beli kuih tu” saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.
“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.
“Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!” kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
“Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
“Abang nak beli semua ke?” dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. “RM25 saja bang…..!”
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.
Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? ? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Naqba in London
Peluang istimewa!
Assalamualaikum semua
Kami di maxol.info ingin mengajak kawan2 semua yang punya masa untuk hadir ke program DID di Dublin (31 Mei - 16 Jun).
Sila dengar rakaman audio program DID tahun di sini
Anda juga boleh menonton slot tahun lepas di sini

Satu Impian Lebih Baik Dari seribu Mimpi
o Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu ‘
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan. (penulis)
Berjayalah orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia
( Al-Mu’minun :1-3 )
Ketika kamu solat, anggaplah Allah di depanmu, syurga di kananmu, neraka di kirimu, malaikat Izrail di belakangmu dan kamu berdiri di atas rambut yg dikerat 7 menuju syurga.
senang tidak mesti bahagia,
susah tidak mesti gelisah,
kaya tidak mesti selesai masalah
miskin tidak mesti membuat masalah
berfikirlah, tapi jangan salah fikir;
merenunglah utk menginsafi,
bukan termenung yg tidak punya erti;
prihatinlah bukan sekadar perhati
Bersyukurlah kepada Allah atas kebaikan yang diberiNya,
Bersedihlah dengan dosa,
Bertenanglah dengan kesusahan,
dan ingatlah Allah setiap masa……
Hidup dengan cinta adalah hidup tanpa cita-cita. Cinta yang sebaik-baiknya adalah cinta yang bertalian dengan cita-cita. Cinta yang terbaik dari yang terbaik adalah menjadikan Tuhan sebagai cinta Agung dengan memperjuangkanNya dalam kehidupan.
-
- Who I Want to Meet:
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah.
Jika kamu bersabar, maka ia adalah lebih baik bagimu..
Petikan hikmah Imam Al-Shafie
1.Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh sifat takwa,maka tidak ada kemuliaan baginya.
2.Perhiasan ulama ialah takwa,keelokkannya adalah akhlak terpuji dan kecantikkannya adalah sifat murah hati.
3.Tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu kecuali menuntutnya dalam kekurangan.
4.Tidak ada aib lebih buruk kepada ulama selain daripada kesukaan mereka kapada perkara yang tidak disukai oleh Allah.
5.Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang mendatangkan manfaat.
6.Mencari kemewahan duniawi adalah seksaan kepada ulama.
7.Sesiapa yang merasakan diri lemah,maka dia akan memperoleh istiqamah.
8.Sesiapa yang ingin hati ditenangkan oleh Allah,maka hendaklah dia bersendirian, mengurangkan makan,tidak bergaul dengan orang jahat,dan tidak bersama-sama orang berilmu yang tidak insaf serta beradab.
9.Tidak ada kegembiraan setanding nikmat sahabat dan tidak ada rasa sedih setanding perpisahan dengan sahabat.
Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin.. basah dan lembab & tidak disukai insan.Tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.
Wasiat Rasulullah saw kepada Sayidina Ali, yang antaranya;
Wahai Ali,bagi orang mukmin ada tiga tanda-tandanya:
1.Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2.Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3.Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.
Wahai Ali,bagi orang alim itu ada tiga tanda-tandanya:
1.Jujur dalam berkata-kata.
2.Menjauhi segala yang haram.
3.Merendah diri.
Wahai Ali,bagi orang yang jujur itu ada tiga tanda-tandanya:
1.Merahsiakan ibadahnya.
2.Merahsiakan sedekahnya.
3.Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Dunia ini untuk kegembiraan.
akan tetapi kegembiraan itu dibungkus dgn kesusahan,
dunia jambatan yang tidak kekal untuk dilalui
ke negeri yang baqa…
KaSiH SaYaNg aDaLaH rAhMaT TUhAn… ApAbILa kItA aDa rAsA SaYaNg, BeRmAkSuD hIdUp KiTa sEnTiAsA dIrAhMaTi.. KaDaNg2 kItA pErLu berKoRbAn UnTuK kAsIh SaYaNg iTu… BuKaN UnTuK dIhArGai, TeTaPi SeBaB pErCaYa dAn TaHu eRtI sbEnAr kAsIh SaYaNg…
WOW 2008



www.iLuvislam.com
oleh: ImKoyube
Alhamdulillah, setelah kami berjaya menganjurkan program anak sulung ; iLuvislam Goes To Glasgow(IGTG) pada Disember 2007, ramai sahabat dan pengunjung website ini yang meng-usulkan pelbagai aktiviti lain.
Beberapa aktiviti dirancang mengikut kemampuan pihak iLuvislam. Memandangkan kebanyakan daripada kami adalah pelajar luar negara di UK & Ireland, maka insyaAllah sempena cuti penggal bermula Julai-Sepetember ini, kebanyakan dari kami akan pulang ke tanah air. Selain bekerjasama dengan ISAC Studio untuk program KEM Eksplorasi Minda 2008, insyaAllah iLuvislam akan memanfaatkan kebanyakan tenaga kerja yang ada untuk menganjurkan program terbaru; Wonderful Overseas Weekend @ WOW 2008; khas untuk adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara tahun ini.
Read more


