Al-A’raf ayat 180

Intisari Kandungan Ayat 180 Surah al-A‘raf

Firman Allah :

Hanya milik Allah Asma-ul Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama baik itu, dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah al-A‘raf :ayat 180)

Di dalam meneliti intisari kandungan ayat ini, Imam Ahmad Mustafa al-Maraghi menyatakan bahawasanya al-Asma’ merupakan jama‘ daripada perkataan ism (nama) iaitu lafaz yang menunjukkan zat atau menunjukkan sesuatu zat itu dengan salah satu sifatNya. al-Husna pula merupakan mu‘annah daripada al-ahsan yang membawa erti yang terbaik atau yang terindah. Read more

Pra-Pengisian Usool at-Tafseer

Usul Tafsir

Alhamdulillah, saya hampir selesai mengikuti kursus usul tafsir yang disediakan oleh Islamic Online University. InsyaAllah saya akan berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya dapat daripada kursus tersebut di dalam pos akan datang di sini.

Buat masa ini, saya terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian mengenai satu amaran keras yang telah digariskan oleh pensyarah berkenaan mengenai penafsiran Al-Quran yang tidak mengikut metodologi yang telah ditetapkan dan tafsiran yang dibuat berdasarkan akal oleh mereka yang tidak mempunyai autoriti terutamanya mereka yang tidak lengkap syaratnya bagi melayakkan dia sebagai seorang mufassir.

Read more