ARE WE CHANGING THE WORLD?
hayati video ini…satu konsep untuk kita fikirkan jika kita ingin berjuang di atas jalan Allah SWT
MARI KITA SEMANGAT UNTUK AMBIL EXAM!!! STUDY !!
Aqidah dan Politik
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ini kira first time saya tulis di blog ni. Saya bukanlah terer sangat bab-bab menulis ni tapi tergerak hati nak menulis tentang beberapa perkara selepas demam pilihanraya yang lalu.
Bila saya bukak topik politik di kalangan kawan-kawan, saya terima pelbagai respons .. ada yg semangat nak sembang sampai nak tido pon dah tak jadi, ada yg terus ubah topik dan ada yg menunjukkan reaksi yang negatif dan mengaitkan politik ini sebagai ‘kotor’.Apa-apa pun respons yang saya terima, saya sudahpun ada pemikiran saya sendiri terhadap politik dan cuma berharap dengan berbincang dengan member-member dapatla memperkembangkan lagi pemikiran saya ini supaya lebih open minded .. tak sempit ..
InsyaAllah saya akan cuba kupas tajuk ini dengan pelbagai aspek tapi kali ni saya nak sentuh kaitan politik dengan aqidah. Saya yakin ramai yg membaca entry saya ni sure dah faham apa yg akan saya sampaikan tapi mungkin masih ramai yg blank .. eh .. macam mana plak politik bleh kait ngan aqidah?
Keputusan PRU
PRU 12: Mengejutkan, Amat Mengejutkan !!
www.iLuvislam.com
oleh: ImKoyube
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Keputusan Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12) yang berlangsung semalam amat mengejutkan dimana pihak pembangkang berjaya merampas 4 negeri iaitu Kedah,Pulau Pinang,Selangor dan Perak serta merampas sebuah Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur. Selain itu, pihak pembangkang berjaya mengekalkan Kelantan dengan majoriti yang luar biasa.
Pendapat Hizbu Tahrir mengenai 8 MAC ini
Hukum melibatkan diri di dalam pilihan raya
Solan Fiqh : Saya ingin bertanya pendapat Hizbut Tahrir tentang proses pengundian atau pilihan raya dalam sistem demokrasi, kerana banyak khabar angin yang saya dengar bahawa Hizbut Tahrir mengharamkannya, adakah ianya benar? Untuk mengelak kekeliruan saya meminta Hizbut Tahrir menjelaskan secara terbuka tentang masalah ini.
Jawapan Kami
Pada 8hb Mac ini, rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Dalam kesibukan pilihan raya ini, timbullah di kalangan kaum Muslimin di Malaysia pelbagai pandangan mengenai urusan ini. Fatwa dan pandangan terdengar di sana-sini mengenai pilihan raya dan hukum melibatkan diri dengannya. Ada yang mewajibkannya, dengan menggunakan pelbagai dalil bagi menggalakkan rakyat untuk keluar mengundi dan ada yang mengharamkannya kerana mengikut dakwaan mereka perkara ini tidak pernah ada pada zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Bagi menjawab persoalan mengenai hukum melibatkan diri dengan proses pilihan raya, kami akan membawa/menjelaskan realiti pilihan raya itu sendiri yakni pilihan raya yang diamalkan dalam sistem demokrasi sekarang ini dan seterusnya menjelaskan dalil-dalil syarak mengenainya.
Adapun hukum asal pilihan raya dalam Islam adalah mubah (harus). Ini kerana ‘pilihan raya’ (intikhab) yang dijalankan dalam Islam, sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah hanyalah (bertujuan) untuk memilih wakil bagi mewakili kaum masing-masing (waktu itu Aus dan Khazraj), manakala pada zaman Khulafa’ Rasyidin, intikhab dilakukan untuk memilih Khalifah itu sendiri dan juga untuk memilih wakil dalam Majlis Syura (Majlis Umat). Perlu difahami dan dibezakan di sini fungsi Majlis Ummat adalah untuk muhasabah pemimpin dan musyawarah antara mereka serta memberi masukan/input kepada pemerintah. Majlis Syura ini bukannya majlis untuk membuat/menggubal undang-undang atau merubah undang-undang. Ia berbeza sama sekali dengan realiti pilihan raya yang ada dalam sistem demokrasi sekarang. Read more
Jihad Politik dalam Negara Islam yang Menyeleweng
Kita berkewajipan menasihati & membetulkannya. Rasulullah saw telah bersabda maksudnya “Sesungguhnya sebesar-besar jihad adalah memperkatakan sesuatu kalimah yang adil di hadapan pemerintah yang zalim.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibnu Majah dari Abi Sa’id al-Khudri secara marfu’) dan ditambah: “sehingga kamu memalingkan mereka ke arah kebenaran dengan kekerasan.”
Gejala-gejala penyelewangan di dalam negara Islam adalah seperti ketuanya zalim @ fasiq @ menggunakan pegawai-pegawai yang tidak layak di dalam pentadbiran agensinya, atau orang-orang yang bukan Islam serta tidak ada iltizam yang sempurna dalam melaksanakan syariat Islam di dalam atau luar negeri.
Read more









