ARE WE CHANGING THE WORLD?

hayati video ini…satu konsep untuk kita fikirkan jika kita ingin berjuang di atas jalan Allah SWT

MARI KITA SEMANGAT UNTUK AMBIL EXAM!!! STUDY !!

Renungkan Gambar ini =)

cantiknya ciptaan Allah ni :)

2 point yang ana ingin ketengahkan disini.

1. Cantiknya Ciptaan Allah SWT ini di perlbagai perspektif, buka lah dimana2 sudut, pasti tiada kecacatan.

2. mengambil diri kita sebagai seorang cameraman, bijaknya dan cantiknya itu boleh diambil sebagai pengajaran untuk kita berfikir sekritis begini. Ana mengharapkan antum semua tiada mengambil sikap memandang rendah terhadap mereka yang bukan islam tetapi berjaya dalam bidang mereka dan cara mereka perlulah diambil sebagai rujukan selagi mana ia tidak bercanggah dengan agama Islam. janganlah kita bermain sikap label melabel dengan label ‘kafir”jahiliyyah’ dan sebagainya tanpa melihat dulu sesuatu hasil kerja seseorang itu.

‘Seek first to understand, than to be understood’

wallahualam

Harimau, Buaya, dan Tikus

Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi….aauuummmmm!!!!!…. bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya.


Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!…Ya Allah…..lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi. naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh….camner ni.

Read more

Salah Faham Zuhud dalam Masyarakat

assalamualaikum

kali pertama ana menulis dalam blog ini. insyaAllah, pada kali ini, ana akan membincangkan sedikit apa itu erti sebenar zuhud. Kita memang tidak boleh manafikan masyarakat kita pada zaman ini mempunyai banyak salah tanggap terhadap perkataan arab itu sendiri. mengambil contoh ‘maksiat’, maksiat yang sering dikaitkan masyarakat adalah mengenai perbuatan percampuran lelaki dan perempuan dan mendekati zina. kita sering kaitkan maksiat dengan perkara tersebut, walhal maksiat itu mempunyai makna yang jauh lagi besar dari itu. maksud maksiat itu adalah derhaka(sila betulkan jika yang lebih mengetahui). maka segala perbuatan yang mendekati kepada derhaka kita kepada Allah SWT, maka itu adalah maksiat. contohnya, sembahyang, perbuatan meninggalkan sembahyang itu adalah maksiat. lihat bezanya maksiat yang sering masyarakat kaitkan , dengan makna sebenar maksiat itu.

Read more

4 watak isteri di dalam Al-Quran

Dalam al-Quran, ada digambarkan empat jenis wanita yang bergelar isteri.Pertama, jenis ideal isteri Musa. walaupun al-Quran tidak menyebut namanya, namun isteri Musa ini dikenali sebagai Safura anak perempuan Syuaib. Safura digambarkan seorang gadis murni. Dia tertarik dengan Musa. Cintanya kepada calon suami, tidak hanya demi kebahagiaan keluarga, iaitu membantu ayahnya. Al-Quran menggambarkan cinta mulia dan halus Safura melalui ayat 26 surah al-Qashash yang bermaksud:Salah seorang dari kedua wanita itu berkata “Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai”Dan sesungguhnya perkahwinan yang ideal ialah perempuan yang mulia serta setia berpasangan dengan suami yang kuat lagi amanah. Inilah pasangan romantis sebenar. Read more

Next Page →