Kisah Kehidupan - KALAU TAK SUKA PULANGKAN BALIK

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. “Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
Read more

Surat seorang anak kepada ibu..


Mak…..

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….

Mak tau tak…..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni…..

mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu…..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu…..
Read more

kejar kerusi DUN dan PARLIMEN dikira tinggal dakwah?

ana terfikir tentang perkara ini. mungkin ada pihak yg berfikiran demikian. ana ingin meminta pendapat antum tentang perkara ini

berikut adalah perkara yang ana fikirkan apabila soalan ini ditanya dalam hati ana

adakah dikira berdakwah jika kita tinggalkan elemen nahi mungkar?

jika kita mahu kejar khilafah..maka kita tinggalkan politik dan biar sahaja kemungkaran berlaku? biar sahaja rakan2 ku yang sedang bermandi-mandian dengan dunia itu dan aku cuma melihat mereka?

adakah kita mahu menjadi seperti di pakistan sekarang? semua ulamak sibuk menjaga sekolah mereka hingga biarkan pemerintahan di tadbir oleh orang yg tidak ketahui agama?

jika kita bermati-matian cuba menghalang kemungkaran..maka kita tinggalkan dakwah?

Siapakah yang layak dalam dunia ini yang menentukan acuan hidup? takkan sekadar 2 atau 3 orang ustaz? atau pendapat jumuk ulamak2?

apakah caranya untuk kita melarikan diri dari jenayah ilmu dari guru?

sedang ana berbual dengan rais, ana ingin berkongsi akan satu perkara yang ana belajar.

‘ppl who teach you have the ability to mold your akidah and your tauhid’ be ware of ppl who thought u

persoalan dihati ana, siapakah yang layak untuk membentuk akidah kita?

harap rakan2 dapat memberitahu

Antara Usrah dan Exam?

Berapa kali aku kata aku bukan belajar di London ! Aku belajar di Swansea , di salah satu tempat di Wales !

‘ Aku dah bilang kat hang banyak kali dah! Kalau pergi London tu jangan buat perangai tak elok! Jangan malukan mak ayah! Kau pergi sana untuk belajar. Bukan untuk jadi pendakwah!’

Swansea ayah, Swansea ! Bentak hatiku. Aku tak mengerti mengapa semua orang Malaysia menganggap jika belajar di UK itu maksudnya adalah belajar di London.

‘ Tak mengapa Sham, aku dok belajar di Ireland ni pun mak aku kata aku belajar di London.’ Teringat kata-kata Izzul, teman serumahku di saat kami berbual.

Aku mengeluh di saat gagang telefon belum ditutup. Ayah masih meneruskan ceramahnya yang panjang lebar. Terasa bingit apabila suara garaunya menembusi gegendang telingaku.

‘ Aku dah bilang kat hang, dok London tu belajar. Buat apa nak enjoy-enjoy sangat. Bukan senang nak pergi overseas itu, tahu? Semua orang kampong ni tahu yang anak ayah pergi London . Mana aku nak letak muka jika kau balik tak bawak apa2 selain bini kau tu je?’

Read more

Kita BERTANYA…Al-Quran MENJAWAB

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,”Kami telah beriman.”(”I am full of faith to Allah”)sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Read more

Next Page →