Tak Kenal Maka Tak Cinta

Kalau Tuhan, kita kenali, Kasih sayang dan perananNya,
Kalo Tuhan, kita fahami, Keagungan dan kekuasaanNya,
Kalau Tuhan, kita rasakan, Betapa Dia sangat cintakan hambaNya
Kita akan sanggup berjuang, Sanggup mati keranaNya,
Kita akan sanggup berkorban, Apa sahaja keranaNya (ulang 2kali)
~~~Kalau Tuhan dikenali~~~
**Cintailah Tuhan,Dialah segalanya
Korbankanlah apa sahaja keranaNya
Cintakan Tuhan cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan cinta murahan
Kalau Tuhan, kita kenali, Dialah segala-galanya,
Kalau Tuhan kita fahami, Dialah pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham, Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya,
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta padaNya,
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya,
Kita akan sanggup menderita kerana cinta padaNya.
Kenalilah Tuhan by Mawaddah
Lirik lagu ini memikat hati saya di kala pertama mendengarnya. Dan sehingga ke hari ini, lagu inilah yang saya putarkan berpuluh kali sebagai halwa telinga. Liriknya amat cantik dan indah sekali. Saya mengakui bahawa cinta kepada Allah swt merupakan cinta yang amat payah untuk dipupuk. Kenapa? Kerana kita tidak berupaya untuk melihat Allah swt. ‘Tak kenal maka tak cinta’ bukan?
air tangan orang yg tidak solat
Patutlah kita masing2 kepala batu & degil…suka sangat makan roti canai kat mamak…tak sembahyang tu satu hal…ntah2 mamak tu hindu….lagi parahh… Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir..Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman Nabi Musa A. S.

Begini kisahnya…pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), “kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. ” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsing… Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Read more
Kalimah Syahadatain - Tuntutan dan Penghayatannya (II)
Lailaha Ilallah: adalah kalimah tauhid yang mengesakan Allah swt .
4 kategori ini :
Ahkam ( Peraturan dan syariat )
Afa’al ( perbuatan )
Sifat
Zat
Firman Allah swt :
“ Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!”
( Al – Isra’ 111 )

