Salah Faham Zuhud dalam Masyarakat
assalamualaikum
kali pertama ana menulis dalam blog ini. insyaAllah, pada kali ini, ana akan membincangkan sedikit apa itu erti sebenar zuhud. Kita memang tidak boleh manafikan masyarakat kita pada zaman ini mempunyai banyak salah tanggap terhadap perkataan arab itu sendiri. mengambil contoh ‘maksiat’, maksiat yang sering dikaitkan masyarakat adalah mengenai perbuatan percampuran lelaki dan perempuan dan mendekati zina. kita sering kaitkan maksiat dengan perkara tersebut, walhal maksiat itu mempunyai makna yang jauh lagi besar dari itu. maksud maksiat itu adalah derhaka(sila betulkan jika yang lebih mengetahui). maka segala perbuatan yang mendekati kepada derhaka kita kepada Allah SWT, maka itu adalah maksiat. contohnya, sembahyang, perbuatan meninggalkan sembahyang itu adalah maksiat. lihat bezanya maksiat yang sering masyarakat kaitkan , dengan makna sebenar maksiat itu.

Pendapat Hizbu Tahrir mengenai 8 MAC ini
Hukum melibatkan diri di dalam pilihan raya
Solan Fiqh : Saya ingin bertanya pendapat Hizbut Tahrir tentang proses pengundian atau pilihan raya dalam sistem demokrasi, kerana banyak khabar angin yang saya dengar bahawa Hizbut Tahrir mengharamkannya, adakah ianya benar? Untuk mengelak kekeliruan saya meminta Hizbut Tahrir menjelaskan secara terbuka tentang masalah ini.
Jawapan Kami
Pada 8hb Mac ini, rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Dalam kesibukan pilihan raya ini, timbullah di kalangan kaum Muslimin di Malaysia pelbagai pandangan mengenai urusan ini. Fatwa dan pandangan terdengar di sana-sini mengenai pilihan raya dan hukum melibatkan diri dengannya. Ada yang mewajibkannya, dengan menggunakan pelbagai dalil bagi menggalakkan rakyat untuk keluar mengundi dan ada yang mengharamkannya kerana mengikut dakwaan mereka perkara ini tidak pernah ada pada zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Bagi menjawab persoalan mengenai hukum melibatkan diri dengan proses pilihan raya, kami akan membawa/menjelaskan realiti pilihan raya itu sendiri yakni pilihan raya yang diamalkan dalam sistem demokrasi sekarang ini dan seterusnya menjelaskan dalil-dalil syarak mengenainya.
Adapun hukum asal pilihan raya dalam Islam adalah mubah (harus). Ini kerana ‘pilihan raya’ (intikhab) yang dijalankan dalam Islam, sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah hanyalah (bertujuan) untuk memilih wakil bagi mewakili kaum masing-masing (waktu itu Aus dan Khazraj), manakala pada zaman Khulafa’ Rasyidin, intikhab dilakukan untuk memilih Khalifah itu sendiri dan juga untuk memilih wakil dalam Majlis Syura (Majlis Umat). Perlu difahami dan dibezakan di sini fungsi Majlis Ummat adalah untuk muhasabah pemimpin dan musyawarah antara mereka serta memberi masukan/input kepada pemerintah. Majlis Syura ini bukannya majlis untuk membuat/menggubal undang-undang atau merubah undang-undang. Ia berbeza sama sekali dengan realiti pilihan raya yang ada dalam sistem demokrasi sekarang. Read more

