Salah Faham Zuhud dalam Masyarakat

assalamualaikum

kali pertama ana menulis dalam blog ini. insyaAllah, pada kali ini, ana akan membincangkan sedikit apa itu erti sebenar zuhud. Kita memang tidak boleh manafikan masyarakat kita pada zaman ini mempunyai banyak salah tanggap terhadap perkataan arab itu sendiri. mengambil contoh ‘maksiat’, maksiat yang sering dikaitkan masyarakat adalah mengenai perbuatan percampuran lelaki dan perempuan dan mendekati zina. kita sering kaitkan maksiat dengan perkara tersebut, walhal maksiat itu mempunyai makna yang jauh lagi besar dari itu. maksud maksiat itu adalah derhaka(sila betulkan jika yang lebih mengetahui). maka segala perbuatan yang mendekati kepada derhaka kita kepada Allah SWT, maka itu adalah maksiat. contohnya, sembahyang, perbuatan meninggalkan sembahyang itu adalah maksiat. lihat bezanya maksiat yang sering masyarakat kaitkan , dengan makna sebenar maksiat itu.

Ana tidak ingin ulas perkara ini. balik kepada tajuk zuhud. Apabila perkataan zuhud itu disebut, masyarakat melayu dengan terus sekali sering menganggap akan 3 perkara ini

1. tidak mendekati dunia

2. mesti dalam keadaan yang miskin, (rumah kecik tapi kaya duit byk, tidak menunjuk)

3. Kereta jam tangan sume tak leh mahal baru dikira zuhud

Memang satu salah faham yang besar yang sedang berlaku dalam masyarakat ini. perkara ini sudah menular didalam masyarakat dan kita tidak mampu untuk memperbetulkannya melainkan ada tokoh agama yang ditonjolkan sepenuhnya atas tujuan untuk membetulkan masyarakat sendiri.

Firman Allah SWT

Sekali-kali janganlah demikian. sebenarnya kamu(hai manusia) mencintai kehidupan dunia dan meninggalkan (kehidupan) akhirat.

Al-Qiyamah (75: 20-21)

Apakah yang dimaksudkan dengan meninggalkan akhirat? ia bermaksud, mengenepikan, tidak endah serta malas mencari ilmu tentang halal haram dalam pemerolehan dan perbelanjaan hartanya. Contohnya apabila seseorang itu tidak mengendahkan ia dari sumber mana, adakah ia riba, rasuah atau pecah amanah. yang penting ia memberi kebaikan kepada dirinya.

Perkara ini sama bole diaplikasikan dengan meninggalkan zakat dan sedekah kerana terlalu kedekut dan mencintai harta. Ia juga termasuk sibuk mencari harta tetapi meninggalkan kewajipan seperti solat, tidak memberi nafkah kepada keluarga dan sebagainya.

Apakah kaitannya ayat tersebut dengan zuhud? makna zuhud yang sebenar adalah mencari dan membelanjakan harta tanpa melupakan hukum dan kerehaan Allah SWT. Harta yang banyak memerlukan pengurusan yang lebih cermat dan pengurusan inilah yang akan dinilai oleh Allah SWT diakhirat kelak. Disini jelas zuhud itu bukanlah menjadikan diri miskin dan menjauhi dunia.

Persoalan seterusnya yang timbul adalah ‘boleh kah kita menggunakan kereta besar seperti toyota (kalo zuhud pakai kancil jek) rumah besar dan indah (rumah teres kos rendah jek bole), dan jam berjenama (pasar malam dah kira zuhud la) ? ‘

Kita boleh menggunakan bende2 tersebut dengan syarat SEGALA KEWAJIPAN DALAM MEMPEROLEH HARTA TERSEBUT DILAKSANAKAN dan HATINYA TIDAK TERIKAT DENGAN PERASAAN SOMBONG DENGAN KEJAYAANNYA.

Dalam hadith riwayat Abu Dawud (no4063,4/51) dan Tirmidzi (no 2006,4/364)

‘Aku datang bertemu dengan Nabi SAW dengan berbaju yang kurang elok lalu Nabi SAW bertanya ‘Adakah Engkau mempunyai harta?’ Aku menjawab ‘Ya’ Baginda kemudian bertanya, Dari mana dan apa jenis hartamu itu? Aku menjawab ‘ Allah telah memberiku harta daripada ternakan unta, kambing, dan kuda’

Nabi terus membalas dengan katanya ‘ jika seseorang kamu telah diberikan harta (yang halal), maka hendaklah atau haruslah ditunjukkan kesan-kesan nikmat dan kemuliaan Allah (yang diberikan) kepadanya’

Imam Ibnu Hajar mentafsirkan hadis ini , menyebut, hendaklah seseorang itu memakai pakaian bersih yang layak dengan kedudukannya agar jika terdapat orang yang ingin meminta bantuan, maka bolehlah dikenali siapa yang bole memberinya.

Firman Allah SWT:

‘Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-harta dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi’ Al-munafiqun (63:9)

Memang tidak salah untuk kita menjadi kaya, malah Islam sendiri menggalakkan kita mencari harta dengan syarat ia adalah harta yang halal dan dari sumber yang halal dan tidak meninggalkan kewajipan kita. Ia digalakkan agar lagi banyak zakat dapat dikeluarkan.

Harta ini akan tercela apabila ia membawa kepada kelalaian. jelas disebut oleh seorang ulama Said Ibnu Jubair

Harta yang menipu adalah apa-apa yang melalaikanmu daripada mencari akhirat, dan apa sahaja yang tidak melalaikanmu dari akhirat bukanlah daripada jenis harta atau kerja yang melalaikan tetapi ia dianggap harta yang boleh menyampaikan kamu kepada apa yang lebih baik (akhirat)

Pendapat ulama terhadap zuhud

Imam Ibn Juzai

‘bukanlah zuhud itu dengan meninggalkan (pendapatan dan harta) yang halal, bukan juga membuang harta. Kemungkinana seorang yang kaya itu bersifat zuhud apabila hatinya kosong daripada dunia dan kemungkinana faqir itu adalah orang yang bersifat duniawi apabila hatinya amat berkehendak kepada dunia, tatkala itu hatinya segar dengan ikatan dunia’

Imam Al-Qarafi

‘Bukanlah zuhud itu tidak mempunyai sesuatu didalam tangan, tetapi ia adalah tidak bergembiranya hati dengan dunia (perolehan dunia) walaupun ia jatuh ke dalam miliknya’

Kupasan dari buku Wang,Anda dan Islam oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dari pembacaan ana.

3 Responses to “Salah Faham Zuhud dalam Masyarakat”
fairuz azmi Posted on April 13, 2008 at 4:20 pm

alhamdulillah, clean and clear ..
mmg benar kata asrap ttg salah tanggapan ..
cuma yang penting di sini apabila kita punya harta, janganlah lalai .. dibelanjakan kepada hal2 yang tidak perlu , banyak untuk memenuhi kehendak ..
semoga kekayaan digunakan untuk islam
kalau nak buat rumah besar pun .. fikir pasal nak kumpul sanak saudara .. boleh buat program.. hebatkan ukhuwah dan silatur rahim
rumah besar untuk buat program dakwah, tarbiyah etc..
kereta besar dan mantap supaya nak bergerak ke tempat program yang jauh lebih mudah .. kalau kancil mungkin selalu kena servise ..

dan yang lain2 juga

wassalam

lutfan Posted on April 16, 2008 at 11:29 am

alhamdulillah =)

zila Posted on August 22, 2008 at 3:29 pm

salam,
apa pendapat anda tentang tajuk`imam dalam perspektif bahasa melayu’?

Post a Comment