air tangan orang yg tidak solat
Posted in: tazkirah, tazkiyatun nafsPatutlah kita masing2 kepala batu & degil…suka sangat makan roti canai kat mamak…tak sembahyang tu satu hal…ntah2 mamak tu hindu….lagi parahh… Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir..Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman Nabi Musa A. S.

Begini kisahnya…pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), “kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. ” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsing… Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..
Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brg siapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu..lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu x payah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu.
Lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi… Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb..anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org yang tinggalkan solat..tak gamakkan?

tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang..mamak!! teh tarik satu, roti canai satu..ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat..kita pun makan bekas air tangan dia..gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan… betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum.” maknanya,”Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu.”

Jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak.
Tribute to iluvislam.com
ana juga ingin menambah dari artikel ini. persoalan kehidupan tanpa solat ini bagai manusia yang terapung2 di dunia. mereka tidak mempunyai arah dan tidak mempunyai tujuan. mereka memperhambakan diri mereka dengan dunia yang berbelit2 ini. ingin ana kongsi sesuatu,
manusia yang muslim diikati dengan banyak benang. dan setiap benang ini adalah benang islam. Benang pertama yang akan terputus adalah al-hukmu wal-islam (hukum2 dan peraturan dalam islam - hudud kias dan sebagainya) dan tali terakhir yang terputus adalah solat. jikalau terputus semua ini, maka dengan mudahnya manusia itu untuk murtad ataupun tergolong dalam org yang munafiq atau fasiq. mari kita sama2 mendoakan agar kita tidak tergolong dalam golongan ini dan penuhkan diri kita dengan ikatan benang islam.
‘Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.’ (An-nisa 5:104)
wallahualam

a good reminder .. sama2 lah kita perbaiki solat kita .. solat di awal waktu, solat secara berjemaah, ditambah pula dengan solat sunat rawatin , then dicantikkan lagi dengan solat2 lain seperti hajat, dhuha etc ..
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk sentiasa mendekatiMu ..
masukkan lah aku dn org sekeliling aku dalam golongan yg menjaga solat =)
Tidak boleh dinafikan kepentingan solat dan dosa besar meninggalkannya.
Cuma nak tanya apa sumber kisah zaman Nabi Musa tu. Adakah ‘air tangan orang yang tak bersolat’ ni disebut dalam hadith atau sumber lain? Jika sumbernya tidak boleh disahkan, pada pendapat saya lebih elok kita guna salah satu dari banyak contoh/dalil lain untuk mengingatkan kita betapa pentingnya solat.
Seperkara lagi. Walaupun yang rata-rata membaca blog ni adalah orang Muslim, tetapi kita harus prihatin tentang komen-komen yang menyentuh hal bangsa atau agama kaum lain. Kita juga tidak harus buruk sangka terhadap saudara kita sepertimana dalam perenggan pertama dan kelima artikel di atas.
Saya sedar artikel ini diambil dari website lain, tetapi kita tetap perlu berhati-hati. Saya amat menghargai usaha istiqamah rakan-rakan untuk memberi peringatan dan nasihat. Saya mohon maaf jika ada sebarang silap atau salah kata.
Jazakallah atas teguran Mas dengan teguran anta terhadap artikel ini. Ana akan take note apa yg mas katakan, dan akan try saring artikel yang ana akan amik pada masa depan. wallahualam
Post a Comment