ARE WE CHANGING THE WORLD?
hayati video ini…satu konsep untuk kita fikirkan jika kita ingin berjuang di atas jalan Allah SWT
MARI KITA SEMANGAT UNTUK AMBIL EXAM!!! STUDY !!
Mission to Xian, China- Lets Donate!
Mission to Xian, China is a Summer Project organized by Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland & Penang Medical College ISOC, collaboration with Yayasan Amal Malaysia & China Muslim.
Tarikh: 12-19 Julai 2008
OBJECTIVES:
For the people in Xian provinces
- To provide free basic humanitarian and medical services with emphasis on women and children by having a mobile clinic.
- To provide basic “English classes” for the children in the area
For student volunteers
- To introduce students to the field of relief work.
- To allow students to experience real life problems and issues and tackle them appropriately
- To provide a training ground for students to work under pressure and working in teams
- To fulfill the elective requirements of clinical year students.
- To instil and produce future holistic doctors
HAPPY STUDY!!

GAMBAR: FAIRUZ BILE STUDY BYK SANGAT!! hehe
SELAMAT STUDY SEMUA!!
DARI MAXOL.INFO
SEPOTONG AYAT SEBAGAI PERINGATAN BUAT DIRI DAN RAKAN2
Bersifatnya Allah dengan penuh kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah Dialah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (30) Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur. (31) Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya) dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.(32)
AL-LUQMAN (31:30-32)
Kisah Kehidupan - KALAU TAK SUKA PULANGKAN BALIK
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. “Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
Read more
Mari Belajar Bertaranum

Memandangkan agak ramai yang melawat website ini menggunakan kata kunci pencarian “mari bertaranum” sejak bulan lepas, saya cuba untuk menyediakan maklumat lebih lanjut mengenai rancangan mari bertaranum, saya akan memberikan link-link untuk siaran rancangan Mari Bertarannum bersama Ustaz Nik Azizan yang disiarkan di stesen TV9. Setakat ini, Rancangan Mari Bertarannum sudah masuk ke pengakhiran musim yang kedua dan setiap musim mempunyai 29 hingga 30 episod.
Tahniah diucapkan kepada TV9 kerana menyediakan rancangan yang bagus di celah-celah keasyikan stesen televisyen yang lain berlumba-lumba memenuhkan slot rancangan mereka dengan rancangan hiburan yang tidak mendatangkan manfaat dan faedah kepada semua.
Klik di sini untuk semua list episod Mari Bertarannum di TV9.

