Pra-Pengisian Usool at-Tafseer

Usul Tafsir

Alhamdulillah, saya hampir selesai mengikuti kursus usul tafsir yang disediakan oleh Islamic Online University. InsyaAllah saya akan berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya dapat daripada kursus tersebut di dalam pos akan datang di sini.

Buat masa ini, saya terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian mengenai satu amaran keras yang telah digariskan oleh pensyarah berkenaan mengenai penafsiran Al-Quran yang tidak mengikut metodologi yang telah ditetapkan dan tafsiran yang dibuat berdasarkan akal oleh mereka yang tidak mempunyai autoriti terutamanya mereka yang tidak lengkap syaratnya bagi melayakkan dia sebagai seorang mufassir.

Beliau bermula dengan menjelaskan bahawa terjemahan Al-Quran ke dalam bahasa lain seperti Bahasa Melayu atau Inggeris mempunyai kecacatan dan terjemahan yang kurang tepat kerana kurangnya perbendaharaan kata di dalam bahasa-bahasa lain. Sebab itulah Al-Quran yang paling benar dan tepat adalah di dalam keadaan dan di dalam bahasa asalnya iaitu lughah ‘Arabiyyah.

Antara syarat yg diutarakan adalah seorang mufassir perlulah mempunyai kepercayaan yang sebenar, menggunakan uslub yang sebenar dan mempunyai ilmu yang mencukupi. InsyaAllah saya akan memberikan maklumat mengenai dua syarat yang pertama di waktu yang lain dan saya ingin fokuskan kepada syarat yang seorang musaffir itu perlu mencukup ilmunya. Antara ilmu yang ditekankan keperluannya adalah ilmu bahasa arab klasik, Ilmu Nahwu, Ilmu Sharaf, Ilmu Balaghah, Ilmu Syi’ir dan Nushus Arabiyah, Ilmu fiqh, Ilmu hadeeth dan banyak lagi.

Menurut Ibn ‘Abbas dipetik daripada kitab Mabaahith fee ‘Uloom al-Qur’aan (mukasurat 331): “it is not allowable for anyone who believes in Allah and the Last Day to explain Allah’s book if he is not knowledgeable in the Arabic language”.

Dr. Abu Ameenah Bilal Philips juga menekankan mengenai penafsiran yang tidak mengikut metod dan ciri mufassir yang digariskan mengakibatkan terjadinya penyelewengan. Beliau juga menekankan terdapatnya zon larangan, iaitu apabila seseorang membuat intepretasi sendiri terjemahan Al-Quran mengikut pendapat masing-masing sedangkan mereka tidak mempunyai autoriti dari segi ilmu dan tidak memahami uslub tafsir. Mereka ini akan menyelewengkan diri sendiri dan juga orang lain. Beliau terus menekankan sikap ini adalah satu bentuk penindasan kepada mereka yang mendengar, eksploitasi kepada kepercayaan yang diberikan kepada mereka oleh mereka yang mendengar.

Saya harapkan kita semua dapat mengambil pengajaran daripada isu yang disampaikan di dalam pos ini dan supaya kita semua lebih berhati-hati dalam berbicara dan menjelaskan ayat Al-Quran kepada orang lain. InsyaAllah saya akan poskan lebih mendalam mengenai topik pengisian usul tafsir di dalam pos akan datang. Wallahua’lam.

3 Responses to “Pra-Pengisian Usool at-Tafseer”
murid cerdik Posted on March 18, 2008 at 9:05 pm

Alhamdulillah,

Artikel ini amat bagus. Tersusun dan teratur. Sangat professional.

*Murid cerdik minta izin laluan untuk menambah.

Perkara 1 - Di madrasah² dan pusat² tahfiz di merata dunia telah dan masih menjalankan usaha untuk melahirkan hafiz² al-Quran. (Ada peringkat juga, contoh yang saya tahu - syahadah; dimana bacaan tidak boleh salah lebih dari 3 kali sewaktu bacaan kembali kepada gurunya) Setelah menjadi seorang hafiz, maka dia akan seterusnya belajar bahasa Arab, serta ilmu² seperti yang dinyatakan di atas serta banyak lagi. Setelah tamat pengajian, maka lahirlah seorang yang kita gelar sebagai ‘alim’.

Perkara 2 - Namun janganlah kita salah anggap seseorang itu menafsir ayat al-Quran sedangkan dia sendiri berkata ianya merujuk kepada ulama. Dan janganlah bermasam muka jika ada perbezaan pendapat. Kita tak punya masa lagi. Lihat sahaja seperti entry yang lepas tentang MNight, tugas kita belum selesai (^_^)

Wassalam

xfahmix Posted on March 18, 2008 at 9:29 pm

Jazakallah. Moga bermanfaat. Cuma nak tambah sedikit mengenai perbezaan pendapat dalam penafsiran Al-Quran menggunakan akal merupakan uslub yang terakhir iaitu yang kelima di dalam metod tafsir Al-Quran. Perlu ingat metod tafsiran menggunakan akal perlulah melalui dan tidak bertentangan dengan uslub-uslub yang terdahulu iaitu tafsir Al-Quran di dalam konteks asal, tafsir mengikut Sunnah, tafsir mengikut Aathaar (Sahabah) dan yang keempat iaitu tafsir mengikut Lughah ‘Arabiyyah.

Mari sama-sama kita hayati hadith Rasulullah (saw) di mana Rasulullah mengulang sebanyak tiga kali iaitu:

“Opinion-based arguments about the Quran is Kufr (disbelief).” Then he said: “What you know of it, act on it; and what you are ignorant of, refer it to one who knows.”

[Disampaikan oleh Abu Hurairah r.a. dan di kumpulkan oleh Ahmad, Ibn Jareer di dalam Tafseer dan Aboo Ya'laa dan disahkan oleh Nasaruddin Albani di dalam Silsilah Ahaadeeth as-Saheehah vol.4 m/s 26-28)]

Wallahua’lam.

ameen Posted on March 19, 2008 at 12:05 am

terima kasih fahmi di atas perkongsian ilmu :)

Post a Comment