Pengisian Tajwid II - Idzhar Mutlaq
Posted by: xfahmixInsyaAllah saya cuba kupaskan sedikit mengenai hukum tajwid Izhar Mutlaq. Apabila huruf nun mati (sukun) bertemu dengan huruf Idgham di dalam satu kalimah, bacaannya wajib di idzharkan iaitu dibaca dengan jelas tanpa dengung.
Ini dinamakan Idzhar Mutlaq kerana hukum ini tidak dikaitkan dengan Idzhar yang berasal dari makhraj yang lain iaitu dengan Halqi (makhraj dari halqum - Idzhar Halqi) atau syafah (makhraj dari bibir mulut - Idzhar Syafawi).
Terdapat hanya empat kalimah untuk hukum Idzhar Mutlaq ini di dalam Al-Quran iaitu:

Contoh bacaaan di dalam Al-Quran:

Minta diperbetulkan jika terdapat kesalahan insyaAllah.
Rujukan: Tajwid Al-Quran oleh Haji ‘Abdul Qadir Leong
Comments
6 Responses to “Pengisian Tajwid II - Idzhar Mutlaq”
Leave a Reply


Assalamualaikum,
Nak tambah skit bleh?
Dalam Al-Quran Rasm Uthmani, nun mati ini akan ditanda dengan sukun. Tidak pula jika idgham bi ghunnah dan ihfak haqiqi dimana nun di dalam Rasm tidak bertanda sukun.
Jazakallah
Sila-sila
Jazakallah. Benar apa yang diulas oleh murid cerdik, pada hemat saya, ini diadakan bagi memudahkan pembacaan dan pembaca boleh mengenal pasti bacaan mana yang perlu diidghamkan dan yang mana yang perlu di idzharkan.
Jika dilihat di dalam hukum apabila tanwin bertemu dengan huruf idgham ataupun ikhfaq, kita dapat lihat tanwin itu di sengetkan sedikit bagi fathatain dan kasratain manakala bagi dhammatain pula di letakkan sebelah menyebelah.
Jika lihat hukum idzhar mutlaq di dalam resam uthmani dan dibandingkan dengan hukum idgham maal ghunnah, terdapat tanda sukun (tanda mati) apabila nun mati bertemu dengan huruf idgham dalam satu kalimah (idzhar mutlaq) tetapi tiada sukun pada nun bagi nun mati bertemu dengan huruf idgham di dalam dua kalimah (idgham maal ghunnah).
Allahua’lam.
Nak tanya, berapa kerap ada pos hukum tajwid ni?
Kalau kat Malaysia, tengok kat tv9 tu petang2 pun best. Favourite programme. Mcm2 belajar.
Tidaklah kerap sangat sebenarnya pos hukum tajwid di dalam ini. Saya bercadangkan untuk menghabiskan silibus tajwid ini di dalam masa beberapa bulan insyaAllah jikalau mempunyai masa. Selalulah lawati web ini yek?
Mengenai TV9 memang sangat bagus. Kalau kita tgk TV3 dan NTV7 dok berlumba-lumba tayang rancangan yang berbentuk hiburan, TV9 pula cater rancangan seperti Akademi Al-quran, belajar mengaji, halaqah dan sebagainya.
Saya amat mengalakkan semua orang terutamanya bagi mereka yang berada di Malaysia untuk ikuti rancangan-rancangan di TV9. Bagi mereka di tempat yang lain, bolehlah ikuti rancangan mereka secara online di http://www.tv9.com.my
hai…
salam..bleh join??
bole jek