Al-A’raf ayat 180
Posted in: tafsir
Intisari Kandungan Ayat 180 Surah al-A‘raf
Firman Allah :
“Hanya milik Allah Asma-ul Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama baik itu, dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah al-A‘raf :ayat 180)
Di dalam meneliti intisari kandungan ayat ini, Imam Ahmad Mustafa al-Maraghi menyatakan bahawasanya al-Asma’ merupakan jama‘ daripada perkataan ism (nama) iaitu lafaz yang menunjukkan zat atau menunjukkan sesuatu zat itu dengan salah satu sifatNya. al-Husna pula merupakan mu‘annah daripada al-ahsan yang membawa erti yang terbaik atau yang terindah. Continue Reading…
