Jihad Politik dalam Negara Islam yang Menyeleweng

Kita berkewajipan menasihati & membetulkannya. Rasulullah saw telah bersabda maksudnya “Sesungguhnya sebesar-besar jihad adalah memperkatakan sesuatu kalimah yang adil di hadapan pemerintah yang zalim.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibnu Majah dari Abi Sa’id al-Khudri secara marfu’) dan ditambah: “sehingga kamu memalingkan mereka ke arah kebenaran dengan kekerasan.”

 

Gejala-gejala penyelewangan di dalam negara Islam adalah seperti ketuanya zalim @ fasiq @ menggunakan pegawai-pegawai yang tidak layak di dalam pentadbiran agensinya, atau orang-orang yang bukan Islam serta tidak ada iltizam yang sempurna dalam melaksanakan syariat Islam di dalam atau luar negeri.
Tidak boleh memerangi pemerintah yang zalim selagimana dia menunaikan solat

Dalam konteks ini, kita perlu melihat kepada ketua pemerintah dan kerajaannya. Sekiranya mereka masih mengiktiraf Allah sahaja yang mempunyai kuasa perundangan dan menolak selain daripada Syariat Allah swt, kayu pengukur pada tindakan kita seterusnya adalah pada ibadat solatnya. Jika mereka masih beriltizam dengan solatnya, maka kita sebagai rakyat tidak boleh memeranginya. Namun, kita hendaklah berusaha untuk memecat mereka melalui cara yang damai sekiranya berupaya. (Saya menafsirkan cara yang damai dalam situasi negara kita Malaysia adalah pilihanraya). Sebaliknya, jika mereka tidak beriltizam dalam solatnya, maka kita perlu perangi mereka sehinggga mereka dapat dipecat.

“Pemimpin kami yang paling baik adalah pemimpin yang kami kasihi mereka dan mereka kasih padamu, engkau doakan mereka dan mereka doakan kami. Manakala pemimpin yang jahat adalah pemimpin yang kamu benci mereka dan mereka membenci kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. Kami berkata: wahai Rasulullah saw, apakah boleh kami memerangi mereka? Baginda menjawab; Tidak, selama mana mereka bersembahyang bersama kamu; Tidak, selama mana merka bersembahyang bersama kamu; Tidak, selama mana mereka bersembahyang bersama kamu….” (Hadith Riwayat Muslim)

Dalam hadith yang lain disebutkan; “Apakah kamu lemah hendak mengganti seseorang yang telah aku lantik untuk melaksanakan perintah aku tetapi dia tidak melakukannya, menggantikan dengan seorang lain di tempatnya yang akan melaksanakan perintah aku?” (Riwayat Abu Dawud)

Tiada cara-cara damai bagi memecat pemimpin zalim yang menunaikan solat

Sekiranya kita tidak mampu memecat pemimpin zalim yang menunaikan solat melalui cara-cara yang damai, ada beberapa perkara yang digariskan untuk mencapai jihad politik dalam hal ini:

  • bersikap negatif dalam berkasih sayang dan percampuran bagi menunjukkan kita tidak senang dengan perbuatan kezaliman yang telah dilakukan

  • berhadapan dengan pemimpin yang zalim dalam setiap penyelewangan yang dilakukan samada dengan berhujah, memberi nasihat dan membangkang. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud;

Ketua para Syuhada’ ialah Hamzah dan juga seorang lelaki yang pergi kepada seorang imam yang zalim, menyuruhnya melakukan yang adil dan melarangnya (daripada melakukan kezaliman) lantas Imam itu membunuhnya.” (diriwayatkan oleh Al-Hakim dari Jabir bin Abdullah al-Tabrani)

  • Mengambil tindakan-tindakan yang sesuai bagi menghalang kerosakan tersebut; mengkaji, mengetahui dan menyebarkan kepada orang ramai supaya menjauhinya, menasihati pelaku kerosakan serta halang mereka sekiranya boleh. Antara cercaan yang dibolehkan adalah menceritakan keburukan seseorang yang disebabkan oleh ketidaklayakannya pada kuasa itu dan kecuaiannya, kepada kuasa yang lebih tinggi supaya dapatlah tempatnya digantikan oleh orang yang lebih layak.

  • Umat Islam wajib menyusun proses menghalang kerosakan serta memberi nasihat kepada kerajaan yang telah menyeleweng. Seperti yang diperhatikan di Malaysia, parlimen terdiri daripada wakil-wakil kerajaan pemerintah & pembangkang yang sentiasa saling menasihati, mengkritik dan membetulkan sebarang kesilapan yang dilakukan. Urusan ini dilakukan atas dasar kerjasama yang erat tanpa berkompromi dengan perkara-perkara yang batil.

  • Umat Islam perlu bergerak cergas dalam Jihad Lisan, dan Jihad Ta’alim.

  • Orang ramai perlu menjalankan jihad dengan tangan bagi mengengkari sesuatu yang mungkar yang dilakukan oleh individu-individu seperti menghapuskan alat-alat hiburan, gambar-gambar lucah, arak, pakaian yang menjolok mata dan sbginya.

  • Menjalankan usaha peningkatan Islam sedikit demi sedikit dengan langkah yang berterusan, tersusun sehinggalah kerajaan yang adil berjaya dikembalikan.

Kesemua yang telah dibincangkan di atas merujuk kepada pemerintahan yang zalim bilamana pemerintahnya masih menunaikan solat dan negara ini tidak dinaungi oleh kekuasaan Khalifah yang haq. Sekiranya kekuasaan Khalifah wujud, maka Imam yang haq wajib membetulkan penyelewengan tersebut biarpun dengan kekerasan atau peperangan.

Negara adil yang mengamalkan Islam dengan sempurna, sekiranya wujud, mempunyai hak untuk menundukkan mana-mana negara lain yang keluar daripada kekuasaan Islam; melaksanakan keadilannya ke atas negara yang menyeleweng walaupun terpaksa berperang.

Kerajaan Islam yang Adil

Kerajaan Islam adil yang diimpikan oleh setiap pejuang Agama Islam ialah kerajaan yang para pemimpin dan pegawai tadbirnya terdiri drpd orang-orang Islam yang beriltizam dengan Islam. Kerajaan ini berusaha untuk melaksanakan Islam di dalam dan di luar negerinya, patuh pada hukum Allah, mendidik rakyatnya dengan pendidikan Islam yang sempurna serta mujahadah meletakkan Khalimah Allah pada kedudukan tertinggi di dunia.

Dalam kerajaan seperti ini, rakyatnya wajib mentaati kerajaan ini, ikhlas, menasihat, mempertahankan dan menjaganya.

“Ada tiga orang yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada Hari Qiamat, Allah tidak akan melihat kepada mereka serta tidak membersihkan mereka. Bagi mereka siksaan yang sangat pedih…Dan seseorang yang dilantik menjadi Imam atas dasar dunia semata-mata, jika seseorang memberi kepadanya apa yang ia suka maka dia akan sempurnakan dan jika dia tidak diberi, dia tidak akan sempurnakan (kehendak) orang berkenaan itu.” (diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abi Hurairah)

Penutup

Oleh itu, bagi setiap rakyat Islam perlulah menyedari bahawa usaha ke arah mendirikan sebuah kerajaan Islam yang adil terletak pada tanggungjawab setiap individu. Penyelewengan yang berlaku pada peringkat pentadbiran perlu ditegur dan diperbetulkan, malah perlu diwarkan kepada keseluruhan rakyat agar mereka tidak terpengaruh dengan perkara kezaliman tersebut. Malah, rakyat perlulah mengambil tindakan untuk memecat pemimpin yang zalim serta gagal menjalankan amanahnya menurut syariat lalu digantikan dengan pemimpin yang lebih berkelayakan dan mempunyai kekuatan yang lebih untuk mendaulatkan agama Islam di dalam negeri dan luar negeri. Wallahua’lam.

Rujukan: Jundullah Jihad fi Sabilillah, Sa’id Hawwa

No Responses to “Jihad Politik dalam Negara Islam yang Menyeleweng”

Post a Comment