Fitna - another ‘SCUD missile’

SCUD missile, istilah yg digunakan oleh Allahyarham Ahmad Deedat, yg menunjukkan serangan mental yg diberikan oleh orang2 yg membenci agama Islam yg suci ini. Fikir-fikirkan lah wahai kawan2 ku.

Current News In Malaysia with Just One Click!!

Berita baik untuk antum semua. Satu branch baru yg dilancarkan oleh iluvislam.com yg mempunyai semua access kepada berita dengan satu CLICK SAHAJA!! mari kita meningkatkan siasah dengan

Kalimah Syahadatain - Tuntutan dan Penghayatannya (I)

( Oleh : Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi )

MUQADDIMAH .

Islam bertunjangkan aqidah yang sejahtera . Aqidah yang selamat dari sebarang virus yang menggugat dan menghakis nilai keyakinan kepada Allah Azza Wajalla . Khasnya virus syirik yang bahayanya mampu menghalang kelayakkan seseorang untuk menduduki syurga Allah swt.

Tentunya La Ilaha Illallah adalah anti biotic yang efektif untuk membasmi penguasaan virus syirik yang amat merbahaya . Namun begitu , La Ilaha Illallah mesti direalisasikan seluruh prinsip dan tuntutannya dalam kehidupan setiap individu . Selamatnya individu tersebut bergantung kepada sejauh mana ia berupaya memiliki prinsip dan melaksanakan tuntutan La Ilaha Illallah .

PENGERTIAN LA ILAHA ILLALLAH .

La Ilaha Illallah : TIADA yang diikuti , dituruti , dipatuhi dan disembah selain daripada Allah swt.

 

 

Firman Allah swt :

“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

( Taha 14 )

Read more

Mahu miliki naskah al-Quran?

Assalamualaikum

Tadi masa melayari laman web PPMC di www.ppmc.cc , terjumpa pengumuman ini .. tak tau pulak member serumah saya jadi toke jual al-Quran .. anyway, sape2 yang nak beli al-Quran, sila baca pengumuman di bawah:

Persatuan Pelajar Melayu Cork (PPMC) kini ada menjual terjemahan al-Quran. Terdapat 2 jenis iaitu PENA QUR’AN (putih, 5 naskah) dan QURAN AL-HUDA (coklat, 5 naskah). Jadi, pembelian adalah ‘first come first buy basis’. Jika ingin membeli, sila hubungi saudara Lutfan, 085 7752359 ataupun saudari Siti Nurhidayah Rahim, 085 7727379

Read more

Panduan memilih nama muslim


Oleh: Abi Muslih

Kebiasaannya, sebelum seseorang anak lahir ke dunia, ibu dan bapa sudah berkira-kira untuk mencari nama yang sesuai untuk anak yang tersayang. Mencari nama yang baik bukan untuk mendapat pujian. Atau untuk melambangkan status sosial dan seumpamanya. Tetapi ia adalah satu ibadah yang dituntut oleh agama.

Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda’ r.a. katanya, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu.”

Memperelokkan nama bermaksud memilih nama yang selari dengan tuntutan Islam. Memilih nama perlu ada tujuan. Bukan sekadar untuk memudahkan panggil atau untuk menggabungkan nama ibu dan bapa serta datuk-datuk dan nenek-nenek, bahkan ia berkaitan dengan soal pembentukan peribadi anak itu. Bukankah panggilan itu mengandungi doa. Setiap orang yang memangilnya, dikira membuat doa untuknya.

Read more

Next Page →