Kisah Penguin


Salah satu klip yang selalu saya gunakan
dalam menunjukkan Kebesaran Allah ialah
kisah hidup penguin. Walaupun klipnya
hanya sekitar 6 minit - tapi cukup menarik
perhatian para pendengar.

Penguin betina kelihatan menuju ke satu
destinasi…. untuk bertelur. Setelah
bertelur di berikan telornya itu kepada
si jantan (”suaminya”) untuk diramkan.
Si betina akan bergegas ke laut untuk
memburu dan makan selama 4 bulan. Selama 4
bulan jugalah si jantan akan menjaga
telor yang telah diamanahkannya itu - tanpa
meletakkan telor itu ke tanah walaupun
sesaat - kerana kalau terjatuh - anak
penguin akan mati.

Selama 4 bulanlah si jantan akan berdiri
tanpa rehat untuk memastikan telornya
itu menetas …mengikut komen klip filem
tersebut - si jantan tidak buat apa-apa
melainkan bersabar.

Bila tiba musim bunga - si jantan
kelihatan menatang seekor anak penguin. Pada
ketika itu jugalah sibetina akan balik
setelah puas memburu. Si betina akan
terus ke “suaminya” dan mengambil alih
tugas membesarkan si anak. Si jantan pula
akan terus ke laut untuk memburu.

Kehidupan mereka bahagia. Si jantan
tidak pernah mengeluh. Jika ditakdirkan
sibetina mati semasa dilautan - si
jantan juga akan mati kerana tidak ada yang
nak take-over!!!!

Mereka bahagia kerana hidup mengikut
fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah.
Manusia pun begitu - apabila hidup
menurut fitrah… Sesungguhnya Islam itu
agama dari Allah dan secocok dengan
fitrah manusia. Manusia yang menjauhkan diri
dari Islam bererti menjauhkan diri dari
fitrah semula jadinya - akibatnya
manusia akan terjerumus dalam lembah
yang hina ….

7 Responses to “Kisah Penguin”
lutfan Posted on February 27, 2008 at 7:12 pm

hehe..menarik =)

pencuri pun tidak dpt tidak akan mengaku mencuri adalah tidak baik..kerana fitrah manusia mmg tidak suka mencuri =)

jamyusoff Posted on February 28, 2008 at 2:53 pm

Pernah tengok juga,video clip kisah buaya dan penguin…binatang juga punyai naluri kasih sayang..manusia yang tidak mengikut fitrah diibaratkan lebih teruk daripada binatang..

fairuz azmi Posted on February 28, 2008 at 8:16 pm

analogi yang sangat baik .. adalah amat penting untuk kita mengetahui apa fitrah manusia .. apa realiti manusia .. kadang2 bercakap atas dasar ilmiah tanpa menilai fitrah etc, boleh menyebabkan kita kadang2 silap membuat pilihan ..

bazyusoff Posted on February 29, 2008 at 4:17 pm

betapa keras perumpamaan Allah kpd manusia yg berpaling dr kebenaran.lebih teruk dr binatang ternakan.kalau lg teruk dr binatang ternakan,apakah itu?tak dapat dibayangkan oleh minda yg terbats ini.tp manusia tetap berpaling dr kebenaran.apakah mereka tidak berfikir?menjadi lebih teruk dr lembu..
p/s:org utan pun kire ok ape..

qurratu 'ayun Posted on February 29, 2008 at 6:00 pm

Subhanallah, satu analogi yg indah. Semua makhluk akan berbalik kepada fitrah masing-masing.. Mawaddah wa rahmah..

Faris Posted on March 1, 2008 at 12:39 am

Apa yang terdapat dlm kisah penguin ini mmg menarik. Menarik disebabkan keserasian kedua2 penguin itu menjalankan tanggungjawab mereka mengikut fitrah yg ditetapkan oleh Allah. Apa yang paling penting sekali dalam kisah ini adalah pengajaran penting yang boleh kita ambil sebagai manusia yang juga makhluk Allah. Salah satunya adalah bagaimana penguin itu sanggup bersusah payah dalam membesarkan anak mereka. Sedangkan ada segelintir manusia pun banyak yang lepas tangan dalam tanggungjawab mereka. Sebagai manusia yang bijak dan dikurniakan akal oleh Allah, kita ambil kisah ini sebagai ilmu yang berguna kepada kita. Fikir-fikirkan lah….

saadah Posted on March 1, 2008 at 3:54 am

Indahnya hidup jika manusia menyedari dan berpegang pada fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt.Naluri kasih sayang dan terdorong kepada perkara kebaikan adalah antara 2 fitrah manusia yang semakin dilupakan dan ditinggalkan.Dengan wujudnya manusia yang menidakkan 2 fitrah ini lah, dunia menuju kehancuran.wallahua’lam

Post a Comment