Pengisian Tajwid I - Pengisian Halaqah di Masjid Cork
Posted by: xfahmixAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Insya Allah saya cuba berkongsi pengisian daripada Halaqa yang diadakan pada ahad lepas, 3 Februari 2008 di Masjid Cork di bawah kelolaan Syeikh Saleem Al-Faituri. Secara umumnya halaqa ini dibahagikan kepada tiga sesi iaitu sesi tafsir Al-Quran, sesi sirah Sahabat Rasulullah s.a.w dan sesi tasmi’ bacaan Al-Quran dan tajwid.
Untuk tafsir Al-Quran, salah seorang sahabat membentangkan tafsir Surah An-Nazi’at, isitu surah yang ke 79, Ayat 1 hingga ayat 46 manakala di dalam sesi sirah Sahabat Rasulullah s.a.w sahabat yang lain membawa kisah Salman Al-Farisi.
Insya Allah saya akan
Syeikh Saleem juga sempat memberikan peringatan mengenai kita ini kerap kali memberikan alasan mengatakan kita ketiadaan masa lapang untuk belajar Al-Quran sedangkan kita mampu untuk menatap television berjam-jam setiap hari? Maka tiada alasan lagi bagi kita untuk tidak belajar cara membaca Al-Quran yang betul.
Hukum Nun Mati (dan Tanwin) boleh di bahagikan kepada empat iaitu:
- Izhar Halqi
- Iqlab
- Idgham
- Ikhfa’ Haqiqi
Izhar Halqi
Apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan enam huruf izhar.

Izhar bermaksud Jelas. Maka huruf nun dan huruf yang seterusnya hendaklah disebut dengan jelas dan tanpa dengung (menahan bunyi huruf pada makhrajnya).
Istilah Halqi di dalam Izhar adalah kerana semua huruf Izhar ini berasal daripada makhraj (tempat keluar bunyi) di dalam halqum.
Contoh:

Iqlab
Iqlab bermaksud menggantikan sesuatu dengan yang lain.
Apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf ba.Hukum iqlab hanya mempunyai satu huruf sahaja.

Menukarkan bunyi nun mati dan tanwin kepada huruf mim lalu di ikhfa’kan (disembunyikan) di sisi huruf Ba’ berserta dengung. Jika dirujuk ke dalam mushaf Uthmani, kita dapat lihat mim yang berekor di letakkan setiap kali hukum iqlab ini ditemui. (Perhatian: simbol mim yang tidak berekor adalah waqaf wajib dan bukan hukum iqlab)
Contoh:

Idgham
Idgham bermaksud memasukkan huruf pertama (nun mati atau tanwin) ke dalam huruf yang keduanya. Hukum Idgham bagi nun mati di bahagikan kepada dua sub bahagian iaitu:
- Idgham Ma’al Ghunnah (atau Idgham Naqis)
- Idgham Bila Ghunnah (atau Idgham Kamil)
Idgham Ma’al Ghunnah (Idgham Naqis)
Hukum idgham maal ghunnah apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf yang empat di bawah. Cara pembacaan nya adalah memasukkan huruf nun mati atau tanwin ke dalam huruf yang seterusnya berserta dengan dengung (ghunnah) .

Idgham Bila Ghunnah (Idgham Kamil)
Hukum idgham bila Ghunnah apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf yang dua di bawah. Cara pembacaan nya adalah memasukkan huruf nun mati atau tanwin ke dalam huruf yang seterusnya tanpa dengung (ghunnah). Idgham Kamil bermaksud sempurna, huruf pertama dimasukkan ke dalam huruf kedua secara sepenuhnya (sempurna) seolah-olah huruf nun atau tanwin tidak wujud.
Huruf Idgham Bila Ghunnah:
Ikhfa’ Haqiqi
Ikhfa’ dari segi bahasa bermaksud menyembunyikan.
Dari segi istilah di dalam bacaan Al-Quran, menyembunyikan huruf yang pertama (iaitu nun mati atau tanwiun) ke dalam huruf yang kedua apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan Huruf Ikhfa’ yang 15, iaitu semua huruf Hijaiyyah yang selain daripada hukum izhar, idgham dan iqlab.
Huruf-Huruf Ikhfa’:

Contoh:

InsyaAllah minggu hadapan, Syeikh Salim akan meneruskan pengisian tajwid dengan Hukum Mad A’ridh Lil Sukun. Wallahua’lam.
P/S: Saya akan menyentuh mengenai Izhar Mutlak di post yang akan datang iaitu apabila huruf nun mati atau tanwin bertemu huruf idgham di dalam satu kalimah.
Untuk Pengisian yang Lebih Lanjut, boleh rujuk:
- Hukum Ikhfa’
- Hukum Izhar
- Hukum Iqlab
- Hukum Idgham Maal Ghunnah (Idgham Naqis)
- Hukum Idgham Bila Ghunnah (Idgham Kamil)
- Idgham - Assimilation or Integration
Comments
3 Responses to “Pengisian Tajwid I - Pengisian Halaqah di Masjid Cork”
Leave a Reply


terima kaseh banyak2 di atas perkongsian ilmu tajwid ini..
banyak info yang boleh dipelajari
moga2 saudara dirahmati Allah
[…] kupaskan sedikit mengenai hukum tajwid Izhar Mutlaq. Apabila huruf nun mati (sukun) bertemu dengan huruf Idgham di dalam satu kalimah, bacaannya wajib di idzharkan iaitu dibaca dengan jelas tanpa dengung. Ini […]
terima kasih la maxol.info!sbb buat laman web cmni!kite lebey phm ttg tajwid!lain kali buat warna warni bru la cpt igt 4merangsang otak…kn warna lebih menarik…